Jenis-jenis kilat Kilat

  • Di dalam awan - jenis kilat yang paling lazim, berlaku hasil nyahcas dasar awan kumulonimbus bercas negatif ke bahagian atas yang bercas positif. Oleh kerana ia berlaku di dalam awan,kilat jenis ini selalunya tidak kelihatan jika berlaku pada waktu siang.
  • Antara dua awan - berlaku di antara dua awan yang berbeza cas elektriknya, maka laluannya kelihatan melintang antara awan-awan tersebut.
  • Awan ke bumi - jenis kilat yang kedua paling lazim, berlaku akibat nyahcas dasar awan kumulonimbus bercas negatif ke bumi, serta menjadi ancaman terbesar kepada nyawa dan harta benda.
  • Bumi ke awan - berlaku apabila bumi melepaskan cas elektrik ke awan kumulonimbus melalui laluan menegak ke atas.
  • Kilat positif - berlaku hasil nyahcas bahagian atas awan yang bercas positif terus ke bumi. Oleh itu, kilat positif menghasilkan voltan yang lebih tinggi daripada kilat negatif awan ke bumi serta lebih berbahaya daripada kilat awan ke bumi yang lazim. Kilat ini jarang berlaku, dengan hanya membentuk 5% daripada jumlah keseluruhan kilat yang berlaku[21].
  • Kilat kering - istilah ini digunakan bagi kilat yang berlaku semasa ribut petir yang tidak menghasilkan hujan yang mencecah ke bumi. Sebenarnya di dalam kes ribut petir sebegini hujan sememangnya turun, tetapi tersejat semasa melalui lapisan udara yang sangat kering berhampiran tanah.
  • Kilat roket - bentuk nyahcas awan, lazimnya melintang dan berlaku pada tapak awan, dengan satu alur cahaya terang yang mara merentasi udara dengan kepantasan yang boleh dikira.[22] Ia mendapat namanya kerana penghasilannya boleh dibandingkan dengan sebuah roket. Ia adalah salah satu jenis nyahcas awan yang jarang berlaku.[23]
  • Kilat bebola - bebola bercahaya yang terapung semasa ribut petir. Ia boleh bergerak pantas, perlahan, ataupun tidak bergerak langsung. Ada yang menghasilkan bunyi berdesir atau berdentum dan ada pula yang tidak menghasilkan bunyi langsung. Beberapa kilat bebola diketahui telah melalui tingkap dan lenyap dengan dentuman kuat. Beberapa saksi pernah melihat kilat bebola tetapi ia jarang direkodkan oleh ahli kaji cuaca.[24]

Rujukan

WikiPedia: Kilat http://www.aldis.at http://amsglossary.allenpress.com/glossary/search?... http://www.archaeophysics.com/pubs/LIRM.html http://books.google.com/books?id=4L80AAAAMAAJ&pg=P... http://www.howstuffworks.com/Lightning.htm http://infoniac.com/science/terawatt-laser-beam-sh... http://green.nationalgeographic.com/environment/na... http://www.nature.com/news/2004/040906/pf/431120a_... http://www.newscientist.com/article/dn9293-physici... http://www.newscientist.com/channel/fundamentals/d...